Apr 29, 2012

pandangan seorang manusia biasa

aku petik pandangan muhammad fairuz BERSIH 3.0 : Sisi Pandang Seorang Manusia Biasa by Muhammad Fairuz Azmi on Sunday, April 29, 2012 at 12:08am · Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Ramai sahabat bertanya kepada saya bagaimana perhimpunan tadi. Banyak kisah gembira dan mendukacitakan dihebahkan melalui media dan laman FB. Saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman saya di lokasi Masjid Jamek dari jam 11 pagi ke 5 petang. InsyaAllah saya akan cuba untuk memberikan padangan dari semua segi agar adil buat semua pembaca nota ini. Ini adalah pertama kali saya turun dalam demostrasi di Malaysia. Saya pernah ada pengalaman turun dalam beberapa siri demostrasi di Ireland termasuk BERSIH 2.0, demonstrasi menentang 'occupation of Gaza' dan penindasan rakyat Syria. Kali ini saya turun sebagai sukarelawan pegawai perubatan yang mempunyai misi membantu mana-mana insan yang memerlukan bantuan tak kira bangsa, agama, umur mahupun peserta ataupun polis sendiri. Kami berpakaian biasa dengan ves berwarna hijau dengan tulisan Medical Team yang cukup mudah dikenali awam. Saya dan isteri tiba dalam pukul 11 pagi di Stesen Putra Masjid Jamek. Ramai polis kelihatan mengawasi stesen berkenaan. Polis tidak menghalang atau melakukan sebarang tindakan provokasi terhadap orang awam yang turun walaupun ramai yang jelas memakai baju BERSIH. Apabila kami keluar dari stesen berkenaan, kami disapa oleh seorang mak cik lingkungan 40-an yang mengatakan bahawa nampaknya perhimpunan kali jauh lebih aman berbanding BERSIH 2.0 dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak polis. Kami menuju ke Masjid India di mana kumpulan kami diminta berkumpul untuk sesi 'briefing'. Masa menunggu kawan-kawan yang lain digunakan mengambil gambar, beramah mesra dengan kawan-kawan yang hadir, membeli air di gerai yang tak putus-putus dengan pembeli. Kumpulan yang berada di persekitaran Masjid India saya boleh katakan semudahnya mencecah 2000 orang minimum dalam keadaan kawasan berkenaan tidaklah begitu besar. Kelihatan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik lingkungan umur 60 - 70 yang turut sama hadir. Kagum! Ada juga anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu dan bapa. Suasana meriah seperti ada sambutan besar sedang berlangsung. Setelah solat zuhur di Masjid India, kelihatan Dr Dzulkilfi Ahmad, AJK PAS Pusat telah tiba dan bermulalah sesi ucapan ringkas daripada beliau diikuti oleh laungan BERSIH, takbir dan sebagainya. Ketika kumpulan kami diminta bergerak ke kawasan berhadapan Stesen Putra Masjid Jamek di mana ketua kumpulan kami sedang menunggu. Subhanallah! Kumpulan yang agak kecil pada awal tadi telah bertambah bilangannya. Saya tidak dapat mengagak bilangan yang hadir memandangkan tidak berada pada tempat yang tinggi untuk melihat. Tapi sejujurnya, minimum 20,000 orang berada di kawasan berkenaan. Kami mengambil masa yang sangat lama untuk tiba di tempat berkenaan kerana perlu menempuhi lautan manusia. Tiba kami di tempat Medical Unit, saya berkenalan dengan doktor-doktor dan pengamal perubatan yang ada. Kata mereka perhimpunan kali nampaknya jauh lebih baik. Kami menunggu di sana hingga jam 3 petang tanpa ada apa-apa masalah. Suasana cukup baik, selang seli dengan sorakan dari demonstran yang hadir. Kelihatan beberapa figur berada di atas pentas, antaranya Ambiga dan DSAI. Tiba-tiba, kami melihat kumpulan besar itu mula bergerak menjauhi arah Dataran Merdeka. Bau gas mula terasa, kemudian disusuli rasa pedih di muka. Face mask dipakai dan garam dikunyah. Seorang doktor kelihatan menyembur muka-muka demonstran dengan air bercampur antasid untuk mengurangkan rasa sakit. Ada yang berdarah di bahagian muka terkena canister daripada semuburan gas. Seorang demostran menghampiri saya, katanya Unit Amal baru sahaja menghebahkan agar demonstradi bersurai atas arahan pimpinan. Belum sempat beredar, polis telahpun mula menyembur kumpulan demonstran dengan air asid dan gas pemedih mata tanpa memberikan sebarang amaran.Kami mula berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan yang disembur. Tatkala ramai yang sudah bergerak, kami ternampak seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 70 tahun sedang duduk kepenatan. Saya dan kawan-kawan memimpin dia perlahan-lahan menjauhi kawasan semburan. Ada lagi beberapa insiden di mana ada di kalangan peserta yang hadir pengsan, sesak nafas, cederan bahagian kaki dan sebagainya. Setiap daripada mereka dirawat sebaiknya dengan alatan perubatan yang ada. Kami berjalan agak jauh daripada kawasan Masjid Jamek menjauhi asap yang pedih itu. Kami sentiasa disapa dengan baik dengan senyuman daripada peserta. Bajunya mungkin terlalu menawan =). Sampai di satu tempat berdekatan dengan Menara Maybank, kami duduk berehat. Kelihatan para peserta sudah berjalan menuju pelbagai arah, menandakan perhimpunan hampir tamat. Jam 430 petang, kami bergerak semula ke arah Stesen Putra Masjid Jamek dengan tujuan mengambil tren pulang ke rumah. Tiba-tiba kedengaran teriakan manusia dan kepulan asap. Oh, masih belum tamat rupanya. Saya dimaklumkan provokasi berlaku antara polis dan beberapa demonstran. Sesiapa yang memulakannya, saya tidak pasti. Tapi saya tidak menolak kemungkinan bahawa ada demonstran yang memulakan provokasi di samping tindakan polis yang tidak henti-henti menyembur gas dan air asid. Kami berjalan ke arah bahagian hadapan kumpulan peserta itu melalui jalan-jalan tepi sehingga masuk ke dalam Stesen Putra. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah. Kami menuju ke arah Masjid India untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain, tiba-tiba disapa oleh seorang peserta yang terkena canister pada badannya. Iodin disapu pada kawasan yang luka dan diletakkan plaster. Tiada kecederaan serius insyaAllah. Disebabkan ahli keluarga telahpun bergerak pulang setelah lama menunggu kami tiba, kami pun mengambil keputusan untuk terus mengambil tren pulang ke rumah. Pegawai polis ramai berkeliaran dalam stesen berkenaan. Mereka kelihatan bekerjasama dengan baik dengan peserta yang ada. Tiada provokasi berlaku. Alhamdulillah. Kami akhirnya tiba di rumah hampir jam 6. Penat memang penat tapi saya tidak menafikan saya puas kerana dapat hadir bersama ratusan ribu manusia membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur hari ini. Saya agak kecewa kerana tidak dapat memberikan rawatan kepada pihak polis dan FRU jika ada yang cedera. Walaupun pandangan sisi politik kita berbeza, insyaAllah disiplin profesionalime seorang doktor saya akan jaga sepenuhnya. Teringin untuk bersama peserta melaung slogan-slogan tapi atas dasar profesionalisme, Alhamdulillah saya dapat mengekalkan 'non-partisan' saya dalam himpunan hari ini. Pandang sisi saya : 1. Saya cukup kecewa kerana demonstrasi ini tidak dibenarkan untuk masuk ke Dataran Merdeka. Bagi saya, jika ia dihalalkan oleh pihak berkuasa, banyak perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku. 2. Sewajarnya pihak berkuasa memberikan sahaja permit berkumpul dan bagi saya wajar diletakkan syarat-syarat berdasarkan perbincangan dengan pihak penganjur. Sebagaimana di luar negara, di samping anggota polis yang cukup membantu, tanpa provokasi langsung, syarat-syarat seperti masa yang dibenarkan untuk demonstrasi, tanggungjawab penganjur terhadap apa-apa kesalahan peserta termasuk mengotorkan tempat dan sebagainya. 3. Keadaan aman di lokasi-lokasi tadi menyebabkan saya hairan akan keamanan perhimpunan hari ini sehinggalah polis mula menyembur gas dan air asid. Bagi saya, walaupun perhimpunan kali masih dikategorikan sebagai haram oleh pihak berkuasa, kalaulah polis meminta dengan baik daripada pimpinan perhimpunan untuk bersurai, saya meyakini ia tidak akan berakhir sedemikian rupa. 4. Apabila polis mula menyembur air asid dan gas pemedih mata, bermula bibit-bibit provokasi dan keganasan. Saya tidak menolak bahawa ada kemungkinan demonstran yang terlibat dalam aksi keganasan ini mungkin diupah untuk berbuat demikian untuk memburukkan keadaan namun saya juga tidak menolak kemungkinan yang lebih besar iaitu ia memang aksi demonstran pro BERSIH. Saya difahamkan ada dikalangan mereka yang tidak mahu menuruti arahan pimpinan agar tidak terlibat dalam perihal berkenaan. Siapa mereka? Wallahua'lam. Apa-apapun jika benar demonstran berkenaan memulakan provokasi, pimpinan BERSIH wajar bertanggungjawab. 5. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen berkenaan beberapa insiden yang berlaku di lokasi lain seperti insiden kereta polis merempuh demonstran disusuli demonstran menterbalikkan kereta berkenaan. Komen dalam poin ke-4 saya rasa boleh merumuskan pandangan saya. Yang bersalah adalah bersalah, tidak kiralah dari kelompok mana. Dan janganlah dituding kesalahan kepada ratusan ribuan yang lain yang datang dengan cukup aman. 6. Saya tidak boleh menyimpan rasa kecewa melihat kekotoran yang berlaku dalam perjalanan pulang saya ke rumah, banyak botol-botol kosong yang berlemparan. Saya tidak tahu samada mungkin selepas saya pulang akan ada kumpulan khas di bawah BERSIH atau dari Unit Amal yang terkenal dengan disiplin yang baik, yang akan melakukan pembersihan. Jika tiada, ia sesuatu yang perlu diambil kira dalam mana-mana demonstrasi pada masa akan datang dan untuk kali ini BERSIH wajar bertanggungjawab sepenuhnya. 7. Bagi yang tidak bersetuju dengam BERSIH in the first place, saya boleh katakan begini. Ramai antara mereka adalah golongan pro Parti Kerajaan yang fanatik. Mereka sudah selesa dengan kehidupan di bawah pemerintahan parti berkenaan. Mereka 'beriman' bahawa rezeki itu datang dari UMNO BN dan rakyat perlu bersyukur dengan apa yang ada. Mereka kelihatan tidak ambil peduli dengan kes-kes penindasan ke atas rakyat yang tidak bersama parti pemerintah, mereka diugut, dipenjara, dipindahkan kerja serta merta malah ada yang dibunuh seperti kes Memali. Tidak termasuk lagi dengan corak pemerintahan yang tidak Islamik dengan kenyataan-kenyataan menghina hukum Islam dan Ulama'. Bagi golongan ini, saya hanya mampu berdo'a. Semoga Allah membuka hati mereka seluas-luas melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku. 8. Suka saya ingatkan para pembaca bahawa masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pilihanraya kita cukup membimbangkan termasuk dakwaan memberikan kerakyatan sewenang-wenangnya, perpindahan tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi, pengundi yang mustahil seperti orang yang sangat tua, bilangan pengundi yg mustahil dalam satu-satu kediaman dan banyak lagi. Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO. Tempangnya sistem pilihanraya kita! 9. Ada di kalangan yang tidak bersetuju itu merasakan BERSIH 3.0 itu bukan penyelesaian terbaik buat ketika ini. Pandangan ini mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang saya perhatikan, golongan ini banyaknya datang dari kumpulan yang tidak langsung terlibat dalam menyelesaikan masalah yang ada. Mereka ada di tebingan, memberikan pandangan dan kritikan. Melihat kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya berpandangan bahawa parti pemerintah kelihatan tidak serius dalam menanganinya. Jelas, tempangnya sistem pilihanraya akan memberikan kelebihan yang cukup tinggi kepada mereka untuk terus berkuasa. Golongan 'amal' lebih tahu selok belok bekerja daripada golongan 'pengkritik', begitulah dapat saya simpulkan. Walau bagaimanapun, kritikan dari pihak luar bagi saya perlu dialu-alukan untuk mematangkan segala bentuk keputusan. 10. Ada di kalangan mereka yang tidak langsung ambil peduli. Mereka mungkin pening dengan mainan politik yang sedang berlaku. Mereka hidup untuk diri mereka dan keluarga mereka sahaja, makan, tidur, makan, kerja, berhibur. Kitaran hidup tidak menggambarkan diri mereka mahu melakukan sebarang perubahan pada masyarakat dan negara. Golongan ini bagi saya, memang sungguh menguntungkan kerajaan yang memerintah. Jikalau mereka mendaftar diri sebagai pengundi sekalipun, undi buat parti pemerintah hampir pasti berlaku. 11. Tuntutan BERSIH adalah wajar dan mustahak! Rakyat yang turun hari ini adalah sebagai usaha kecil dalam mengembalikan negara kepada keadaan yang lebih baik. Pemerintah mesti disedarkan bahawa rakyat marah dengan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan. Jika dalam keadaan perhimpunan ini sudah dari awal diharamkan, dan begini sokongan yang datang, saya tidak boleh mengagak bagaimana jika ia dibenarkan. Kita perlu ingat, masih ramai lagi di luar sana yang ingin hadir tapi tidak berkesempatan, dan masih ramai yang menyokong tapi tidak cukup kuat untuk turun bersama. Sesungguhnya, saya percaya jika pilihanraya kali ini benar-benar bersih, parti pemerintah pasti akan tumbang! 12. Saya mengimpikan sebuah negara yang mampu mewujudkan suasana yang lebih baik pada masa akan datang, khasnya untuk generasi muda. Dan saya pasti melihatkan prestasi kepimpinan negara, mereka gagal melaksanakan dengan baik malah dalam perkara-perkara tertentu menjahanamkan kehidupan rakyat. Semoga nukilan ini memberikan manfaat buat teman-teman yang membaca. Selamat malam buat teman di Malaysia. -Abu Hafiy- 28 April 2012

Apr 10, 2012

seperti enau melepaskan pucuk

insiden by insiden... semua org jd observer...... tak buat ape-ape... satu jatuh yg lain tengok je... ada gak yg tepuk tgn.... lebih2 lagi yg pernh dijatuhkannya sblum ni... time senang ramai sedara mara.... paling tak pun tukang buat kopi... time kena getah.... siapapun tak suppport... biasalah enau melepaskan diri masing-masing... demi kesinambungan politikus yang rakus masing-masing....

Sep 22, 2011

tahukah betapa hebat bandinganmu...

Tahukah Anda???

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.



5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulau Tasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahan padahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.

7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas, Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budak sekolah ketika bercinta.

8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air. Walaubagaimanapun..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungan kelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otak iaitu sindrom ‘masuk air’.

9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar pada bulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukan sekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.

10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasa Sepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaitu A,E,H,I,K,L,M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam Bahasa Inggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yang buta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.

11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous. Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.

12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell (neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akan pergi juga bernama Hell.

13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhenti bercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lain yang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakap seumur hidupnya.

14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, Tom Cruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelaki itu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah Kampung Kerinchi.

15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinya sendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda juga boleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.

16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramai rakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol, kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS. Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalah tersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli dengan harga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadar yang kuat.

17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawi pula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.

18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaiki kapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Ia jauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akan tetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang itu terhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaan yang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.

19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untuk mengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter dan jangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semua publisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang paling popular.

20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'pos laju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala dan menghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti. Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari Pos Malaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak boleh diberhentikan kerja serta-merta.

21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukup untuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalau di buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengan kari kepala ikan.


22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 km kecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singa tersebut.

23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yang jauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-Gila Remaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanya mengelilingi Kuala Lumpur sahaja.

24. Tahukah anda?..Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia. Tetapi ini tidaklah ada apa-apa berbanding dengan kentut seorang manusia yang bernama Faizal, tidak berbunyi tapi busuk.

all of this....ciloking fm cerita laak...tq.

Sep 18, 2011

isa dimansuh?

peh... betulke? habis tu yang dekat bagan pinang tu tak kena mansuh ke?

rujuk:
sini,
sini dan
sini

May 6, 2011

kepolitikan politik.

kata-kata yang pernah lahir atau akan lahir dari manusia yang bernama politikus harus dicerap...
ditapis..
dikaji..
diselidiki..
dicari geesenya...

susah nak kenal politikus yang rakus dengan politikus yang tepus...
terkadang mereka berkata dan berbicara atas nama kelangsungan politik
andai ada yang terpecaya yang terpesona.. maka masih lagi berlangsung politik mereka..
hidup penuh politik..
makan pun ada politiknya...

susah nak jumpa politikus yang tepus...
macammanalah agaknya dunia ni tanpa politikus. semua mereka ibarat hidup tanpa pedoman agaknya.

biarlah...

Apr 6, 2010

mungkin ada benarnya

tapi aku tak tahu dari mana datang nya cerita ni.
entah betul ke tidak. aku pun dah penat.
kadang-kadang aku rasa tak adil la....
bila dia boleh.
bila bukan dia, tak boleh pulak.
tak tegas. tak telus.
rasa macam membara je.
tapi nak buat macam mane? dah jadi bos pun. terima je lah.

Mar 19, 2010

BIar mati anak jangan mati adat

aku copy/paste fakta tentang isu ini yang telah di tulis dengan baik oleh seorang lagenda blogger yang juga pakar bab undang undang iaitu saudara Mat Jan pada tahun 2003 di blognya (yang kini sudah tiada) dalam entry “ANAK & ADAT”.

Copy/Paste;

Kalau kau pelajar undang-undang, kau akan belajar topik "Malay Customary Law" dalam subjek "Malaysian Legal System". Sebelum kedatangan Inggeris, undang-undang apa yang kita pakai? Sudah tentu bukan Common Law yang kita pakai pada hari ini. Masa tu kita pakai undang-undang adat.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain.

Adat Perpatih dan Temenggong ini bukan sekadar upacara "bersanding" dan "menepung tawar" saja, tapi merangkumi undang-undang secara seluas-luasnya -- Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, dan Undang-Undang Pewarisan Harta, sekadar menyebut beberapa contoh.

Dalam Undang-Undang Perlembagaan misalnya: Hari ini, untuk melihat sistem pemerintahan negara, orang rujuk Perlembagaan Persekutuan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem demokrasi kerana pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan (mamak melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik undang, undang melantik Yamtuan), manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi kerana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Dalam Undang-Undang Keluarga dan Pewarisan Harta misalnya: Hari ini, orang rujuk Akta atau Enakmen yang berkaitan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem "matriarchal" (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem "patriarchal" (berpihak kepada lelaki).

Begitu juga dalam Undang-Undang Jenayah: Hari ini, untuk melihat hukuman terhadap sesuatu kesalahan, orang rujuk Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat "restitution" dan "compensation", manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat "punishment" dan "retaliation".

Kesimpulannya, kalimah "adat" pada 600 tahun yang silam adalah sama dengan kalimah "undang-undang" pada hari ini. Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu adalah pepatah yang SANGAT-SANGAT BAGUS. Maksud pepatah itu: Jika kau orang yang berkuasa melaksanakan undang-undang, dan yang melanggar undang-undang itu adalah anak kau sendiri, kau kena laksanakan juga undang-undang itu. Biar anak kau mati, jangan undang-undang yang "mati" (tidak berfungsi).

Pepatah ini, sebenarnya, menentang amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang. Nah, hari ini ramai yang melaungkan rasa benci terhadap amalan nepotisme. Inilah pepatah yang paling tepat menggambarkan rasa benci itu -- "biar mati anak jangan mati adat!".
Orang sekarang keliru. Mereka menyangkakan pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini digunakan untuk justify amalan bersanding dan menepung tawar. Itu tidak benar sama sekali. Pepatah ini, sebenarnya, digunakan untuk menentang amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang.

Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini, dan penentangan terhadap amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang, adalah selari dengan Islam. Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!"

Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" tak patut dibuang, ia cuma perlu digunakan dalam konteks yang betul.

End Copy/paste

Mar 4, 2010

musim mengawan kembali

hehehehe..
kini kembali


siapa pula seterusnya...
sudah-sudah la.... masa senang ramai yg datang..
masa susah semua lari...
begini la jadinya..

Dec 14, 2009

cikgu bodoh? kejamnya...

artikel yang saya cilok dari http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

Mengapa Nazri sanggup mengatakan “Bodoh” kepada seorang guru,mungkin kerana marah atau perasaan yang tidak tentu arah semasa berhadapan dengan cikgu tersebut.Ikutilah kisah Nazri dibawah ini…


Nazri nama seorang murid yang agak lembab,kini berada dalam kelas 2C disebuah Sekolah yang terletak jauh di kawasan pendalaman.Saban hari Nazri ke sekolah untukMenuntut ilmu agar menjadi harapan ayah dan ibunya suatu hari nanti.

Kelemahan Nazri adalah dalam matapelajaran Matematik,”
tak tahu lah,mengapa bengap sangat kepala aku ni,dah puas aku
menghafal sifir 2,tapi tak dapat-dapat.”rungutnya sendiri.Hari itu…
Cikgu Dolah masuk lagi ke kelas Nazri,mengajar dan terus mengajar,
sebelum Keluar dari bilik darjah,Cikgu Dolah bertanyakan sifir 2,
kawan-kawannya mudah menjawab,Sampai giliran Nazri
cikgu Dolah bertanya..

”4 x 2 berapa Nazri.”tanya cikgu Dollah,Nazri cuba Mengira dan
mengingat kembali tetapi hampa,Cikgu Dolah memarahinya dan
keluarlah perkataan “Bodoh” satu perkataan yang memang sudah
sinonim dengan cikgu Dolah terhadap anak didiknya yang bengap.
”Balik rumah tanya ayah kamu!!”bentak Cikgu Dolah.Nazri hanya
mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.

Waktu malam..apabila semua keluarganya ada dirumah,Nazri
pergi bertanya kepada ayahnya soalan yang diberikan oleh
cikgu Dolah..”Ayah..4 x 2 berapa?”tanya Nazri..”Itu pun kamu
Tak tahu..Bodoh,”jawab ayahnya.Nazri hanya diam dan pergi kearah
kakaknya yang sulong. “Kakak..4 x2 berapa?”tanya Nazri lagi
”Itu pun kamu tahu..Bodoh,”jawab kakaknya.Sekali lagi Nazr
diam dan terus masuk ke bilik untuk tidur.

Keesokkan harinya..Cikgu Dolah masuk ke kelas Nazri pada
awal waktu.Kali ini Cikgu Dolah menyoal anak muridnya lebih
awal sebelum memulakan pembelajaran.”Hah!kamu Nazri
2 x4 berapa??”tanya Cikgu Dolah dengan suara yang agak kuat.
Nazri terkejut dan dalam Keadaan takut lalu menjawab..
”Itu pun kamu tak tahu..BODOH!!”Jawab Nazri dengan penuh
kenyakinan sambil merenung wajah Cikgu Dolah.

Bai : Santai Bro...Tidak ada kena-mengena dengan sesiapa,samada
yang masih bernafas,atau nafas-nafas ikan,yang sedang koma
atau pun yang sudah Allah tamatkan riwayatnya.

Dec 8, 2009

segalanya sudah tertulis

mungkin kita boleh ucap.
kita juga mungkin boleh cakap..
tapi apa yang nyata hanyalah satu....
bagitahu benda yang kita tahu.
bukannya reka apa yang kita tak tahu...